Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah adalah berperanan untuk membina maklumat dan koleksi bahasa dan sastera Melayu termasuk bahasa dan sastera tempatan. Satu koleksi khas yang digelar Koleksi Sabah telah mula dibina sejak 1980-an Bahan-bahan dalam Koleksi Sabah merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan pada tahun 50-1n sehingga kini.
Buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Kesusasteraan Borneo pada tahun 60-an adalah merupakan bahan-bahan yang dijadikan sebagai asas kepada koleksi ini. Selain ini, koleksi selebihnya adalah terdiri dari buku, majalah, kertas kerja, fail dokumentasi penulis dan persatuan penulis Sabah dan juga bahan bukan buku seperti kaset, video dan cakera padat. PDM memperoleh bahan-bahan untuk memperkaya khazanah bahasa dan sastera Melayu di Sabah khususnya.
Pegawai untuk dihubungi:
Waktu Perkhidmatan
| HARI | MASA |
| Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Jumaat | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang |
Waktu Perkhidmatan
| HARI | MASA |
| Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Jumaat | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang |
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ditubuhkan pada tahun 1981 dengan koleksi lebih kurang 2,500 naskhah buku pelbagai bidang diwarisi daripada Biro Kesusasteraan Borneo, satu badan kerajaan yang diambil alih oleh DBP dalam tahun 1977.
Pada tahun 1980, wujudnya Koleksi Tempatan iaitu koleksi kecil buku-buku tentang Sarawak yang bukan sahaja dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan malah penulis luar yang menulis tentang Sarawak. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak diberi nama sebagai PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir setelah berpindah ke bangunan sendiri di Petra Jaya.
Koleksi Borneo merupakan hampir satu perempat daripada jumlah keseluruhan bahan yang terdapat di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir. Selain itu, antara koleksi yang ada di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir ialah keratan akhbar, pita video, gambar foto. Ia boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja karyawan DBP malah masyarakat umum, khasnya para penyelidik bahasa, sastera dan budaya.
Pegawai untuk dihubungi:
PDM Tengku Anis yang terletak di tingkat tiga Pejabat DBP Wilayah Timur telah memulakan operasinya sejak tahun 2000 dan sehingga kini menyimpan lebih daripada 10,000 naskhah bahan yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Ia juga mempunyai berbagai-bagai jenis bahan berkaitan bidang lain seperti sejarah, sains sosial, am, agama, sains tulen dan matematik serta koleksi rujukan terkini. Bahan-bahan disini terdapat dalam pelbagai bentuk, selain daripada buku, terdapat juga majalah, kertas kerja seminar, bahan audio visual, bahan fotografi dan lain-lain lagi.
Di sini juga terdapat koleksi khas Wilayah Timur yang khusus berkaitan dengan bahan-bahan tentang Wilayah Timur yang ditulis oleh para penulis yang berasal dari negeri-negeri liputan DBP Wilayah Timur.
Pegawai untuk dihubungi:
Waktu Perkhidmatan
| HARI | MASA |
| Ahad – Rabu | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Khamis | 8.30 pagi – 3.00 petang |
Waktu Perkhidmatan
| HARI | MASA |
| Ahad – Rabu | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Khamis | 8.30 pagi – 3.00 petang |
Pegawai untuk dihubungi:
Penubuhan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 15 Julai 1999 merupakan salah satu usaha jangka panjang untuk pengembangan bahasa dan sastera di kawasan Utara Semenanjung Malaysia, Sumatera Utara dan Selatan Thailand. PDM Wilayah Utara telah dibuka secara rasminya kepada para pelajar, cendiakawan, penggiat sastera dan sesiapa sahaja yang ingin membuat rujukan maklumat mulai September 2003.
Koleksi bahan yang berjumlah lebih 4,000 naskhah tertumpu dalam bidang bahasa, sastera dan budaya dalam bentuk bahan bercetak seperti buku, majalah, kertas kerja, prosiding seminar, gambar foto dan bahan bukan bercetak seperti pita video, VCD dan kaset di samping mengumpul keratan akhbar tempatan. Bahan-bahan tersebut adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Pengumpulan bahan-bahan dari persatuan penulis dan penulis-penulis di sekitar wilayah utara kini sedang giat diusahakan.
Penghasilan data yang sistematik akan membolehkan capaian serta kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan cekap. Tujuan utama penghasilan pangkalan data adalah untuk merakamkan input dan menghasilkan output berkaitan individu atau agensi yang terlibat dengan aktiviti bahasa, sastera dan budaya di wilayah utara. Dengan wujudnya pangkalan data ini diharapkan perkembangan sastera, bahasa dan budaya di sekitar wilayah utara akan dapat dipertingkatkan.
Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Selatan atau dikenali sebagai Pusat Dokumentasi Melayu Shaharom Husain, ditubuhkan sejajar dengan penubuhan DBP Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru pada Mei 2001. PDM Wilayah Selatan memiliki pelbagai koleksi bahan monograf dan audio visual bagi tujuan penyelidikan dalam aspek bahasa, sastera dan budaya.Wujudnya PDM Wilayah Selatan juga akan dapat menjadi pusat pengumpulan maklumat mengenai perkembangan bahasa dan kebudayaan masyarakat melayu di wilayah selatan.
Di Galeri Pameran Bahasa dan Kesusasteraan dipenuhi dengan gambaran kegiatan bahasa dan sastera Wilayah Selatan sejak awal hingga kini. Selain itu, arca, seramik, fabrik, peralatan muzik tradisional dan pelbagai lagi sedang giat dikumpul untuk galeri.
Sehingga kini, galeri ini telah menerima pelbagai lawatan dari dalam dan luar negara. PDM Wilayah Selatan sedang giat meningkatkan koleksi bahan rujukan bahasa dan sastera wilayah selatan. Selain membantu menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat amnya, pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi menarik minat masyarakat dalam memupuk budaya dan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih meluas.
Waktu Perkhidmatan
| HARI | MASA |
| Ahad – Rabu | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Khamis | 8.30 pagi – 3.00 petang |
Pegawai untuk dihubungi:
Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659Â
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my
| HARI | MASA |
| Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Jumaat | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang |
| Cookie | Duration | Description |
|---|---|---|
| cookielawinfo-checkbox-analytics | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics". |
| cookielawinfo-checkbox-functional | 11 months | The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional". |
| cookielawinfo-checkbox-necessary | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary". |
| cookielawinfo-checkbox-others | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other. |
| cookielawinfo-checkbox-performance | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance". |
| viewed_cookie_policy | 11 months | The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data. |