Dewan Bahasa dan Pustaka

RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP

Rakan DBP adalah satu program keahlian yang membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rujukan bihan kepustakaan Melayu, meningkatkan keintelektualan dan kesarjanaan dalam bidang persuratan Melayu serta menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat.
 

Pada Mac 2016, Mesyuarat Pengurusan DBP telah meluluskan penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Rakan DBP dan Rakan Muda DBP. Penjenamaan ini bertujuan memperluas serta memantapkan nama dan jenama DBP sebagai sebuah agensi unggul dalam pemartabatan bahasa dan sastera Melayu serta penerbitan berbahasa Melayu.

Kategori dan Yuran Keahlian

Keahlian diberikan tanpa tamat tempoh, ia aktif seumur hidup.

Faedah dan Kemudahan

  • Menikmati diskaun 25% (buku dan majalah) dan 20% (buku teks, kamus dan tatabahasa dewan) bagi pembelian buku di Kedai Buku DBP Hulu Kelang dan Ujana Buku DBP.
  • Menikmati diskaun 10% bagi yuran kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP (pemegang kad Rakan DBP sahaja).
  • Menggunakan perkhidmatan rujukan dan pinjaman buku di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP (Pemegang kad Rakan DBP sahaja).

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat dengan melengkapkan borang keahlian dan membayar secara tunai di kaunter perkhidmatan. Sekiranya permohonan melalui pos, bayaran hendaklah menggunakan nama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dan alamatkan borang tersebut kepada:

Pusat Dokumentasi Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka
Peti Surat 10803
50926 Kuala Lumpur.

Muat turun borang keahlian disini:

MUAT TURUN BORANG RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP :

MUAT TURUN RISALAH RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP :

Hubungi Kami

Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659 
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin – Khamis8.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Total Views: 12

MAKLUM BALAS

Skip to content