Dewan Bahasa dan Pustaka

RUJUKAN MANUSKRIP DAN BUKU NADIR

Pusat Dokumentasi menawarkan perkhidmatan rujukan manuskrip dan buku nadir, koleksi manuskrip dan buku nadir merupakan koleksi khas Pusat Dokumentasi Melayu. Koleksi ini amat penting bagi penyelidikan khususnya penyelidikan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Peraturan Rujukan Manuskrip

  • Mengisi borang permohonandi kaunter Khidmat Pengguna
  • Mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pustakawan Khidmat Pengguna. Dibenarkan merujuk satu (1) judul/ naskhah manuskrip dalam satu masa.
  • Tidak dibenarkan membuat salinan foto ke atas manuskrip asal yang dirujuk/ dikaji.
  • Boleh membuat cetakan mikro bahan manuskrip yang diperlukan jika telah ada dalam bentuk mikrofis/ mikrofilem dengan kadar bayaran tertentu dan hanya untuk tujuan penyelidikan.
  • Menconteng, menulis, menggaris dan seumpamanya ke atas manuskrip yang dirujuk dilarang sama sekali.
  • Manuskrip tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran Ketua Pusat Dokumentasi Melayu.
  • Bertanggungjawab menjaga keselamatan manuskrip semasa membuat rujukan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Kaunter Perkhidmatan atau menghubungi pustakawan.

Sila hubungi:
Mohd Hiezam bin Hashim
Pustakawan
Unit Penyelidikan dan Koleksi Khas
Pusat Dokumentasi Melayu
Tel. : 03-2147 9657
E-mel : izammh@dbp.gov.my

Hubungi Kami

Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659 
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin – Khamis8.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Total Views: 11

MAKLUM BALAS

Skip to content