Dewan Bahasa dan Pustaka

GALERI KERIS MAS

Galeri Keris Mas merupakan galeri yang mempamerkan maklumat korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), meliputi sejarah penubuhan DBP sejak awal perjuangannya memartabatkan bahasa dan sastera Melayu, bermula dengan penubuhan Balai Pustaka di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor pada 22 Jun 1956. Para pelawat juga berpeluang menyaksikan rentetan-rentetan peristiwa dan kejayaan yang digapai oleh DBP dari awal sehinggalah sekarang.

Galeri dibina bagi menggantikan Balai Keris Mas di Bangunan Lama DBP yang dianggap sebagai wadah untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah penting berkaitan

penubuhan dan pencapaian DBP. Galeri ini terletak di tingkat 3, Blok Podium DBP. Kedudukannya yang strategik membolehkan para penyelidik mendapat maklumat dari perpustakaan dan galeri dengan mudah.

Turut dipamerkan di sini ialah artifak-artifak peninggalan tokoh-tokoh bahasa dan sastera terkemuka tanah air. Antara artifak tokoh yang ada di dalam simpanan galeri ini adalah peninggalan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Sasterawan Negara Usman Awang dan Sasterawan Negara Keris Mas. Artifak ini antara lain termasuklah selempang, songkok, keris, buku autobiografi serta lain-lain peninggalan berharga yang tidak terdapat di tempat-tempat lain. Dengan penubuhan galeri ini, budaya dan semangat kecintaan terhadap nilai sejarah dan warisan bangsa dapat dipupuk dan menjadi sebuah pusat informasi bagi pelawat yang berkunjung ke sini.

GALERI BAHASA JIWA BANGSA

Adalah subuah galeri yang diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Galeri ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 22 Jun 2006 bersempena dengan sambutan Jubli Emas DBP.

Fungsi Galeri

  • Penganjuran pameran korporat DBP secara berkala atau khas.
  • Menyediakan maklumat, bahan dan artifak mengenai bahasa Melayu dan DBP.

Koleksi Galeri

  • Trofi dan piala kecemerlangan DBP di peringkat nasional dan antarabangsa
  • Buku-buku terbitan terawal DBP
  • Buku-buku yang menerima pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa
  • Buku-buku terbitan terbaru DBP
  • Penerbitan elektronik DBP

Hubungi Kami

Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659 
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin – Khamis8.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Total Views: 9

MAKLUM BALAS

Skip to content