Dewan Bahasa dan Pustaka

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Pusat Dokumentasi Melayu turut menganjurkan Program Galakan Membaca, kebanyakkan program-program ini dianjurkan secara kolaborasi di antara institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan perpustakaan awam. Antara program yang dianjurkan ialah Bicara Karya, Forum, Baca Naskhah dan Astaka Minda. Pada dassarnya program ini diajurkan bertujuan untuk;

  • Mempromosi karya-karya yang memberi impak kepada pemikiran dan minda masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan.
  • Memperkenalkan tokoh sama ada penulis atau ilmuawan dan sarjana yang menyumbangkan pemikiran dan idea.
  • Meningkatkan keintelektualan masyarakat Malaysia.
  • Kempen mempromosikan penerbitan khasnya terbitan DBP kepada masyarakat.

Program ini diadakan sebagai salah satu kegiatan gerakan membaca DBP untuk memperkenalkan tokoh dan penerbitan tempatan dan luar negara yang signifikan dalam pembinaan negara bahasa Malaysia dan tamadun masa kini kepada karyawan DBP. Tujuan program ini adalah untuk :

  • Memperkayakan khazanah ilmu.
  • Meningkatkan minat membaca serta menggalakkan pembinaan keintelektualan di kalangan masyarakat.
  • Membina suasana dan persekitaran ke arah menggalakkan minat membaca dan mencintai ilmu.

Bicara Karya

Baca Naskhah

Program Baca Naskhah merupakan sebuah program membaca tesk naskhah klasik yang bertujuan memupuk rasa cinta terhadap karya Melayu Klasik dalam kalangan masyarakat dan kebolehan dalam membaca tulisan Jawi khususnya tulisan Jawi lama. Ia juga sebagai salah satu usaha mengangkat warisan budaya bangsa, terutamanya dalam bidang kesusasteraan Melayu.

Majlis Astaka Minda merupakan kesinambungan dan kelangsungan daripada program gerakan membaca yang dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu sejak tahun 1998. Pernah dikenali dengan nama Majlis Bicara Karya sehingga diubahsuai format pada tahun 2008 dan dinamakan Majlis Astaka Minda bersesuaian dengan perubahan dan peredaran zaman.

Program ini bertujuan memperkenalkan tokoh dan penerbitan tempatan serta mempromosikan karya yang memberi impak kepada negara bangsa Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkayakan khazanah ilmu, meningkatkan minat membaca serta menggalakkan pembinaan keintelektualan dan ketajaman minda melalui diskusi secara segar dan berketerampilan.

Astaka Minda

Hubungi Kami

Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659 
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin – Khamis8.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Total Views: 9

MAKLUM BALAS

Skip to content