Dewan Bahasa dan Pustaka

MUTIARA PUSTAKA

Mutiara Pustaka merupakan buletin Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) yang telah mula diusahakan penerbitannya pada 1988. Majalah ini memuatkan makalah-makalah khusus dalam bidang kepustakawanan, di samping bidang lain yang berkaitan dengan bidang utamanya.

Selain mengemukakan maklumat semasa dan berita terkini tentang perkembangan PDM, Mutiara Pustaka memberi peluang kepada para pustakawan mengemukakan idea dan pandangan tentang PDM, di samping mengasah bakat penulisan. Para penulis undangan turut menyumbangkan makalah yang berhubung kait dengan PDM, antaranya termasuklah Jaafar Abdul Rahim yang sewaktu itu editor DBP, Anuar Maarof (UTM), Abdul Rahman Yusof, Ding Choo Ming, Zulkifli Salleh, Shaharom TM Sulaiman, dan lain-lain lagi.

KELUARAN/TAHUNTEMA/FOKUS KANDUNGAN
Jil. 14, 2010 (versi digital)Anugerah Perpustakaan Cemerlang
Jil. 13, Dis 2009BBK dan Peranan Pustakawan dalam Pendokumentasian Dialek
Jil. 12, Bil. 2 2008Perpustakaan Digital Penyebar Khazanah Budaya dan Persuratan Melayu
Jil. 12, Dis 2007Kepustakaan Melayu Membina Negara Bangsa
Jil. 11, Bil. 2 Dis 2006Kepustakaan Melayu Menjana Pemikiran Bangsa
Jil. 11, Bil. 1 Jun 2005Budaya Membaca Menjana Pemikiran Kreatif dan Dinamis
Jil. 10, Sep 2004Penggerak Kepustakaan Melayu Global
Jil. 9, Ogos 1999Pusat Dokumentasi Melayu Abad ke-21
Jil. 8, Okt 1998Perpustakaan Tercinta
Jil. 7, Okt 1997Pusat Dokumentasi Melayu Menjelang Abad ke-21
Jil. 6, Jun 1996 Keluaran KhasSeiring dengan DBP
Jil. 5, Bil. 1 Nov 1995DBP Penerima Anugerah PIKOM
Keluaran Khas 12 Ogos 1993PDM Transformasi Sebuah Impian Menjadi Kenyataan Menerusi TM
Jil . 4, Bil. 1 April 1992Pengkomputeran Bahasa dan Sastera
Jil . 3, Bil. 1 Julai 1991Rancangan Pengkomputeran
Jil . 2, Bil. 2 Dis 1990Galeri Dewan Bahasa dan Pustaka
Jil . 2, Bil. 1 Jan – Mac 1990Minggu Gerakan Membaca DBP
Jil . 1, Bil. 3 April – Jun 1989Pusat Dokumentasi Melayu Bertaraf Antarabangsa
Jil. 1, Bil. 2 Jan – Mac 1989Koleksi Foto Bahasa dan Kesusasteraan
Jil. 1, Bil. 1 Sept 1988Koleksi Majalah Melayu
Bil. 1 Mac 1987Sinopsis Buku-buku Baru

Hubungi Kami

Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659 
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin – Khamis8.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Total Views: 13

MAKLUM BALAS

Skip to content